Aktiviti Mantai bagi menyambut ramadan mahupun Aidilfitri, merupakan tradisi yang tidak asing buat masyarakat Negeri Sembilan.<br /><br />Selepas dua tahun tradisi itu sedikit suram rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.<br /><br />Tradisi itu dilihat kembali meriah pada tahun ini dengan aktiviti menjual daging ternakan khususnya lembu dan lemang di tempat tumpuan ramai serta di tepi jalan.
